Malaysia legislation

Section 69

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 69

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

(2)

Sebelum 1 Jun setiap tahun, Pesuruhjaya hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya kepada Menteri mengikut apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir-butir yang diarahkan oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Pesuruhjaya amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan tambahannya bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan termasuk dalam anggaran tambahan itu.