Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 6

(a)

dalam hal data peribadi selain data peribadi sensitif, memproses data peribadi mengenai seorang subjek data melainkan jika subjek data itu telah memberikan persetujuannya bagi pemprosesan data peribadi itu; atau

(b)

dalam hal data peribadi sensitif, memproses data peribadi sensitif mengenai seorang subjek data kecuali mengikut peruntukan seksyen 40.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(a), seseorang pengguna data boleh memproses data peribadi mengenai seorang subjek data jika pemprosesan itu perlu—

(a)

bagi melaksanakan sesuatu kontrak yang subjek data itu ialah suatu pihak kepadanya;

(b)

bagi mengambil langkah atas permintaan subjek data itu dengan tujuan untuk membuat sesuatu kontrak;

(c)

bagi mematuhi apa-apa obligasi undang-undang yang pengguna data itu merupakan subjek baginya, selain suatu obligasi yang dikenakan oleh sesuatu kontrak;

(d)

bagi melindungi kepentingan vital subjek data itu;

(e)

bagi mentadbirkan keadilan; atau

(f)

bagi menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang.

(3)

Data peribadi tidak boleh diproses melainkan jika—

(a)

data peribadi itu diproses bagi maksud yang sah yang berhubungan secara langsung dengan aktiviti pengguna data itu;

(b)

pemprosesan data peribadi itu perlu bagi atau berhubungan secara langsung dengan maksud itu; dan

(c)

data peribadi itu adalah mencukupi tetapi tidak berlebihan berhubung dengan maksud itu.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 709

Prinsip Notis dan Pilihan