Malaysia legislation
Section 76
Seksyen 76
Jawatan seorang anggota Jawatankuasa Penasihat hendaklah menjadi kosong—
(a)
jika dia mati;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan rasuah; atau
Perlindungan Data Peribadi 65
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;
(c)
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Jawatankuasa Penasihat atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama baik Jawatankuasa Penasihat;
(d)
jika dia menjadi bankrap;
(e)
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(f)
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri suatu mesyuarat Jawatankuasa Penasihat tanpa kebenaran
Menteri secara bertulis;
(g)
dalam hal seorang anggota Jawatankuasa Penasihat selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa Penasihat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi secara bertulis;
(h)
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau
(i)
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
Elaun