Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(a)
bahawa data peribadi subjek data itu sedang diproses oleh atau bagi pihak pengguna data itu, dan hendaklah memberikan perihalan data peribadi itu kepada subjek data itu;
(b)
maksud yang baginya data peribadi itu sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya;
(c)
apa-apa maklumat yang ada pada pengguna data itu tentang sumber data peribadi itu;
(d)
hak subjek data itu untuk meminta akses kepada dan untuk meminta pembetulan terhadap data peribadi itu dan bagaimana untuk menghubungi pengguna data itu tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi itu;
(e)
golongan pihak ketiga yang kepadanya pengguna data menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi itu;
(f)
pilihan dan cara yang ditawarkan oleh pengguna data itu kepada subjek data bagi mengehadkan pemprosesan data peribadi, termasuk data peribadi yang berhubung dengan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi itu;
(g)
sama ada wajib atau sukarela bagi subjek data untuk memberikan data peribadi itu; dan
(h)
jika wajib bagi subjek data itu untuk memberikan data peribadi itu, akibat kepada subjek data jika dia tidak memberikan data peribadi itu.
(2)
Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan dengan secepat yang dapat dilaksanakan oleh pengguna data itu—
(a)
apabila subjek data itu pertama kalinya diminta oleh pengguna data itu untuk memberikan data peribadinya;
(b)
apabila pengguna data itu pertama kalinya mengumpul data peribadi subjek data itu; atau
Perlindungan Data Peribadi 21
(c)
dalam mana-mana hal lain, sebelum pengguna data itu–
(i)
menggunakan data peribadi subjek data itu bagi maksud selain maksud yang baginya data peribadi itu dikumpulkan; atau
(ii)
menzahirkan data peribadi itu kepada pihak ketiga.
(3)
Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, dan individu itu hendaklah diberi cara yang jelas dan mudah diakses untuk membuat pilihannya, jika perlu, dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.
Prinsip Penzahiran