Malaysia legislation

Section 86

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 86

(2)

Setiausaha Tribunal Rayuan hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi Tribunal Rayuan.

(3)

Menteri boleh melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk membantu Setiausaha Tribunal Rayuan dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (2).

(4)

Setiausaha Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kawalan am terhadap pegawai dan pekhidmat Tribunal Rayuan.

(5)

Bagi maksud Akta ini, Setiausaha Tribunal Rayuan dan pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Tribunal Rayuan.

Tempoh jawatan

Section 86 — AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 | mylaw.my