Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Tertakluk pada seksyen 39, tiada data peribadi boleh, tanpa persetujuan subjek data, dizahirkan—
(a)
bagi apa-apa maksud selain—
(i)
maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan pada masa pengumpulan data peribadi itu; atau
(ii)
suatu maksud yang berhubungan secara langsung dengan maksud yang disebut dalam subperenggan (i); atau
(b)
kepada mana-mana pihak selain pihak ketiga daripada golongan pihak ketiga yang dinyatakan dalam perenggan 7(1)(e).
Prinsip Keselamatan