Malaysia legislation
Section 90
Seksyen 90
Jawatan seseorang anggota Tribunal Rayuan hendaklah menjadi kosong—
(a)
jika dia mati;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;
Perlindungan Data Peribadi 71
(c)
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Tribunal Rayuan atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama baik Tribunal Rayuan;
(d)
jika dia menjadi bankrap;
(e)
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(f)
jika dia tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 92;
(g)
jika prestasinya sebagai seorang anggota Tribunal Rayuan tidak memuaskan selama tempoh yang ketara;
(h)
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau
(i)
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
Elaun