Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
(2)
Jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan kewajipannya sebagai seorang anggota
Tribunal Rayuan, Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu.
(3)
Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai seorang anggota Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu.
(4)
Jika sesuatu pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota Tribunal Rayuan itu tidak boleh meneruskan pelaksanaan kewajipannya sebagai seorang anggota
Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu.
(5)
Kegagalan oleh anggota itu untuk menzahirkan kepentingannya di bawah subseksyen (1) hendaklah—
(a)
menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan, melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan
(b)
menjadikan anggota itu tertakluk pada pembatalan pelantikannya di bawah seksyen 88.
Rayuan kepada Tribunal Rayuan