Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Seksyen 9

(a)

sifat data peribadi itu dan kemudaratan akibat daripada kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan itu;

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 709

(b)

tempat atau lokasi di mana data peribadi itu disimpan;

(c)

apa-apa langkah keselamatan yang digabungkan ke dalam apa-apa kelengkapan yang dalamnya data peribadi itu disimpan;

(d)

langkah yang diambil untuk memastikan kebolehpercayaan, integriti dan kewibawaan personel yang mempunyai akses kepada data peribadi itu; dan

(e)

langkah yang diambil bagi memastikan pemindahan selamat data peribadi itu.

(2)

Jika pemprosesan data peribadi dijalankan oleh seorang pemproses data bagi pihak pengguna data, pengguna data itu hendaklah, bagi maksud melindungi data peribadi itu daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan, memastikan bahawa pemproses data itu—

(a)

memberikan jaminan yang mencukupi berkenaan dengan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang mengawal pemprosesan yang akan dijalankan; dan

(b)

mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan pematuhan langkah itu.

Prinsip Penyimpanan