Malaysia legislation

Section 15

of AKTA SURUHANJAYA PERSAINGAN 2010

Seksyen 15

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum

Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 713

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa, termasuklah—

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

(c)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

(d)

adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan

(e)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, ertinya—

(a)

orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(b)

firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

(c)

pekongsi anggota itu;

(d)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau

(e)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta Syarikat 1965

[Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Suruhanjaya Persaingan 17