Malaysia legislation

Section 17

of AKTA SURUHANJAYA PERSAINGAN 2010

Seksyen 17

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Suruhanjaya termasuklah kuasa—

(a)

untuk menggunakan semua harta alih dan harta tak alih

Suruhanjaya mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk menggadaijanjikan harta itu bagi pemerdapatan pinjaman;

(b)

untuk mengenakan penalti bagi pelanggaran peruntukan undang-undang persaingan;

(c)

untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(d)

untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang difikirkannya layak untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya;

(e)

untuk memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau yang diluluskan oleh Menteri;

(f)

untuk membayar saraan, elaun dan apa-apa perbelanjaan lain anggota Suruhanjaya;

Suruhanjaya Persaingan 19

(g)

untuk merumuskan dan melaksanakan program bagi pelaksanaan fungsi Suruhanjaya dengan sewajarnya dan seberkesannya, termasuklah program bagi pembangunan sumber manusia, pembiayaan dan kerjasama;

(h)

untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi

Suruhanjaya;

(i)

untuk menghendaki pemberian maklumat oleh perusahaan bagi membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya;

dan

(j)

untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.

Arahan oleh Menteri