Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi, aktiviti dan hal ehwal hari ke hari Suruhanjaya.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pekerja Suruhanjaya.
(4)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
(5)
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Suruhanjaya.
(6)
Ketua Pegawai Eksekutif ialah seorang pekerja Suruhanjaya.
Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif