Malaysia legislation

Section 26

of AKTA SURUHANJAYA PERSAINGAN 2010

Seksyen 26

Perlindungan pegawai dan orang lain

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding boleh dimulakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Suruhanjaya, pegawai Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihak Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan supaya dilakukan atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian dengan syarat bahawa pada masa itu dia telah menjalankan fungsinya dengan suci hati.