Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen bagi maksud Akta ini;
(b)
semua atau mana-mana bahagian fi, caj pentadbiran atau caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah Akta ini;
(c)
semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Suruhanjaya;
(d)
semua wang yang diterima oleh Suruhanjaya melalui pemberian;
(e)
semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Suruhanjaya;
Suruhanjaya Persaingan 23
(f)
semua wang dan harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Suruhanjaya, berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya dan kuasanya;
(g)
apa-apa kos yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh,
Suruhanjaya dalam apa-apa tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah;
(h)
wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 32; dan
(i)
wang yang diterima dengan sah oleh Suruhanjaya, termasuklah bunga.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada
Kumpulan Wang