Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Suruhanjaya;
(b)
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota
Suruhanjaya, anggota jawatankuasa dan pekerja
Suruhanjaya;
(c)
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan pemerolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan khidmat perunding, fi dan kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang persaingan;
(d)
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang persaingan;
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 713
(e)
membayar balik wang yang dipinjam dan bunga yang dikenakan ke atasnya;
(f)
memberikan pinjaman, biasiswa, wang pendahuluan, faedah persaraan, pencen, ganjaran dan faedah lain; dan
(g)
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan undang-undang persaingan.
Pemeliharaan Kumpulan Wang