Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya Pengerusi dan mana-mana anggota Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;
Akta 713
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 713
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 14;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 20;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Suruhanjaya
Persaingan yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berkenaan dengan perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
“pegawai Suruhanjaya” ertinya seseorang yang dilantik atau diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif secara bertulis di bawah undang-undang persaingan bagi maksud menjalankan penyiasatan ke atas apa-apa kesalahan atau pelanggaran undang-undang persaingan;
“pekerja” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 22 dan termasuklah
Ketua Pegawai Eksekutif;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Persaingan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“undang-undang persaingan” ertinya Akta ini dan Akta Persaingan 2010
[Akta 712] dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang ini.