Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
(2)
Sebelum 1 September setiap tahun, Suruhanjaya hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaannya
(termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan)
bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri.
(3)
Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Suruhanjaya amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).
(4)
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.
Suruhanjaya Persaingan 25
Akaun bank