Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.
Suruhanjaya Persaingan 9
(3)
Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
(4)
Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya—
(a)
membuat kontrak; dan
(b)
berkenaan dengan tiap-tiap jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih—
(i)
memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan
(ii)
memegang, menikmati, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta itu dan apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada
Suruhanjaya.
Meterai perbadanan