Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Obligasi kerahsiaan
(a)
tiada anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pekerja atau ejen Suruhanjaya atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat
Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada semasa atau selepas tempoh memegang jawatan atau tempoh pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya dalam penjalanan kewajipannnya dan yang tidak disiarkan menurut undang-undang persaingan; dan
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 713
(b)
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pewakilan dalam prosiding sivil