Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Persaingan” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan
Suruhanjaya.
(3)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh mana-mana orang lain itu yang diberi kuasa oleh
Pengerusi secara bertulis.
(4)
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan ditentusahkan mengikut subseksyen (3), hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 713
(5)
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota
Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya bagi pihak Suruhanjaya.
(6)
Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Suruhanjaya