Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“ahli taksidermi berlesen” ertinya seseorang yang diberi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan ahli taksidermi di bawah Akta ini;
“bahagian atau terbitan” ertinya mana-mana bahagian besar yang lengkap atau bahagian atau terbitan suatu hidupan liar, yang dalam bentuk semula jadi, diisikan, didinginkan, diawetkan, dikeringkan, diproses atau selainnya dirawat atau disediakan yang boleh atau tidak boleh dikandungkan dalam sediaan, dan termasuklah —
(a)
daging, tulang, belulang, kulit, taring, tanduk, tanduk rusa, kelenjar, bulu pelepah, bulu, gigi, kuku, cangkerang, sisik, sarang dan telur;
(b)
tisu, darah, lemak, minyak, susu, bisa, air liur, air kencing dan najis;
(c)
apa-apa sebatian yang terbit daripada apa-apa yang disebut dalam perenggan (a) atau (b); atau
(d)
apa-apa benda yang didakwa oleh mana-mana orang, atau yang didapati daripada suatu dokumen yang disertakan, pembungkusan, suatu label atau tanda atau daripada apa-apa hal keadaan lain, sebagai mengandungi apa-apa bahagian atau terbitan hidupan liar;
“bahaya serta-merta kepada nyawa manusia” ertinya bahaya yang mengenainya terdapat alasan untuk mempercayai bahawa jika mana-mana hidupan liar tidak ditangkap atau dibunuh, hidupan liar itu boleh menyebabkan kehilangan nyawa manusia;
“eksport” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara, mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar;
Pemuliharaan Hidupan Liar 13
“eksport semula” ertinya eksport mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang sebelum ini telah diimport;
“hibrid” ertinya hasil kacukan —
(a)
mana-mana hidupan liar dengan mana-mana haiwan lain;
atau
(b)
mana-mana hidupan liar dengan spesies hidupan liar yang lain;
“hidupan liar” ertinya mana-mana spesies haiwan liar atau burung liar, sama ada yang dilindungi sepenuhnya atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata, hidup atau mati, matang atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak;
“hidupan liar yang dilindungi” ertinya mana-mana hidupan liar yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya” ertinya mana-mana hidupan liar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
“hidupan liar yang tidak matang” ertinya mana-mana hidupan liar yang tidak memenuhi standard kematangan yang dinyatakan dalam