Malaysia legislation
Section 101
Seksyen 101
Peruntukan berhubung dengan pengambilalihan kawalan
(2)
Jika kawalan sesuatu institusi anggota telah diambil alih di bawah perenggan 99(1)(c), Perbadanan atau orang dilantik hendaklah kekal mengawal aset, liabiliti, urusan dan hal ehwal institusi anggota itu, dan menjalankan urusan dan menguruskan aset, liabiliti dan hal ehwal institusi anggota itu atas nama dan bagi pihak institusi itu
128
Undang-Undang Malaysia termasuk melupuskan aset dan memindahkan liabilitinya, sehingga pengambilalihan itu ditamatkan oleh Perbadanan.
(3)
Sepanjang tempoh kawalan sesuatu institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(c), hendaklah terletak hak pada Perbadanan atau orang dilantik segala kuasa institusi anggota, dan pengarahnya, di bawah dokumen konstituen institusi itu, atau yang boleh dijalankan oleh institusi anggota atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang, atau bagaimana jua pun selainnya, tidak kira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas atau mengikut apa-apa jua cara lain.
(4)
Semasa tempoh kawalan sesuatu institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(c), tiada pengarah institusi anggota boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terlibat dalam apa-apa aktiviti berhubung dengan institusi anggota itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Perbadanan atau orang dilantik dan tiada saraan dalam apa-apa jua jenis boleh terakru atau kena dibayar kepada mana-mana pengarah institusi anggota itu, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Perbadanan atau orang dilantik berhubung dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau dibenarkan sebagaimana yang disebut terdahulu oleh Perbadanan atau orang dilantik.
(5)
Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa penjalanan kuasa di bawah perenggan 99(1)(c) tidaklah mempunyai kesan untuk memberi, atau meletak hak pada, Perbadanan atau orang dilantik, apa-apa hak kepada, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, mana-mana aset institusi anggota.
(6)
Jika Perbadanan atau orang dilantik telah mengambil alih kawalan institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(c), Perbadanan atau orang dilantik—
(a)
dalam menjalankan urusan dan menguruskan aset, liabiliti, urusan atau hal ehwal institusi anggota atau dalam menjalankan mana-mana transaksi yang berhubungan dengan institusi anggota itu atau aset, liabiliti, urusanatau hal ehwalnya, termasuk melupuskan aset dan memindahkan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 129
liabiliti, hendaklah disifatkan bertindak sebagai ejen kepada institusi anggota itu; dan
(b)
tidak boleh, dengan sebab mengambil alih kawalan institusi anggota itu atau apa-apa tindakan yang diambil olehnya, dikira sebagai telah mengambil alih atau menanggung apa-apa obligasi atau liabiliti institusi anggota itu atas dirinya sendiri.
(7)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (4)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kuasa mengurangkan modal syer dan membatalkan syer institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(c)