Malaysia legislation
Section 102
Seksyen 102
(2)
Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) untuk mengurangkan modal syer sesuatu institusi anggota, Mahkamah boleh—
(a)
atas permohonan oleh Perbadanan atau orang dilantik; dan
(b)
jika, apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh apa-apa panggilan yang dibuat oleh institusi anggota itu kepada pemegang syernya supaya membayar syer mereka
130
Undang-Undang Malaysia masing-masing, bayaran bagi apa-apa syer itu belum lagi dibuat, juga memerintahkan supaya syer itu yang bayarannya belum lagi dibuat dibatalkan dengan sewajarnya.
(3)
Jika modal syer sesuatu institusi anggota dikurangkan di bawah subseksyen (1), atau mana-mana syernya telah dibatalkan di bawah subseksyen (2), Perbadanan atau orang dilantik boleh menyebabkan dokumen konstituen institusi itu diubah dengan sewajarnya.
(4)
Kuasa yang diberikan kepada Perbadanan atau orang dilantik di bawah peruntukan yang disebut terdahulu dalam seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 116(1) Akta Syarikat 2016, dan jika sesuatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)—
(a)
Mahkamah Tinggi boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 116 Akta
Syarikat 2016 berhubung dengan suatu permohonan bagi pengesahan yang disebut dalam permohonan itu; dan
(b)
seksyen 122 dan subseksyen 116(9), 116(10) dan 116(12)
Akta Syarikat 2016 hendaklah terpakai berhubung dengan permohonan itu.
Penyelesaian resolusi