Malaysia legislation

Section 103

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 103

(a)

suatu transaksi atau beberapa siri transaksi yang melibatkan jualan atau pelupusan lain oleh institusi anggota itu akan kesemua atau sebahagian daripada asetnya atau

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 131

pengambilalihan oleh mana-mana orang akan kesemua atau sebahagian daripada liabilitinya atau kedua-duanya;

(b)

apa-apa transaksi atau beberapa siri transaksi lain bagi maksud untuk menyusun semula kesemua atau sebahagian daripada urusan institusi anggota itu;

(c)

satu pindahan atau lebih yang disebut dalam perenggan 99(1)(g); atau

(d)

satu pindahan atau lebih yang disebut dalam subseksyen 115(3), (4) atau (5).

(2)

Jika Perbadanan menganggap bahawa resolusi yang disebut dalam subseksyen (1) telah diselesaikan secara substansial, ia hendaklah menyebabkan suatu notis mengenai perkara itu yang menyatakan tarikh resolusi itu telah, pada pendapat Perbadanan, diselesaikan secara substansial, disiarkan dalam Warta.

(3)

Perbadanan hendaklah membuat petisyen bagi penggulungan institusi anggota itu jika, pada pendapat Perbadanan, tiada resolusi yang disebut dalam subseksyen (1) telah atau akan diselesaikan secara substansial pada atau sebelum tarikh itu, iaitu—

(a)

dua tahun selepas tarikh Perbadanan atau orang dilantik mengambil alih kawalan institusi anggota itu; atau

(b)

habisnya tempoh lanjutan terakhir yang diluluskan di bawah subseksyen (4), mana-mana yang kemudian.

(4)

Menteri boleh, atas syor Perbadanan, meluluskan satu lanjutan tempoh atau lebih yang dinyatakan dalam perenggan (3)(a) bagi suatu tempoh lanjutan yang tidak melebihi tiga tahun dan setiap lanjutan tidak boleh melebihi satu tahun.

132

Undang-Undang Malaysia

Penubuhan Jawatankuasa Pentaksir

Section 103 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011