Malaysia legislation
Section 104
Seksyen 104
(2)
Jika satu transaksi atau lebih yang disebut dalam subseksyen 103(1) dilaksanakan, suatu permohonan bagi kajian semula mengikut Jadual Pertama ialah satu-satunya cara untuk mempersoalkan amaun balasan yang diterima atau boleh diterima dalam transaksi atau berberapa siri transaksi atau pengagihan dan penggunaan balasan itu, dan tiada mahkamah yang boleh mendengar apa-apa tindakan, guaman atau prosiding yang bertujuan untuk mempersoalkan amaun atau pengagihan dan penggunaan balasan itu.
(2A)
Jika Perbadanan membuat suatu pemindahan yang disebut dalam perenggan 99(1)(ga) atau menghapuskan hak yang disebut dalam perenggan 128B(7)(b), suatu permohonan bagi kajian semula mengikut Jadual Pertama ialah satu-satunya cara untukmempersoalkan amaun balasan yang diterima atau boleh diterima dalam pemindahan itu atau amaun pampasan yang diterima atau boleh diterima berkenaan dengan hak yang dihapuskan itu, dan tiada mahkamah yang boleh mendengar apa-apa tindakan, guaman atau prosiding yang bertujuan untuk mempersoalkan amaun balasan atau pampasan itu.
(2B)
Suatu transaksi atau siri transaksi yang disebut dalam subseksyen 103(1) atau suatu pemindahan yang disebut dalam perenggan 99(1)(ga) atau suatu penghapusan hak yang disebut dalam perenggan 128B(7)(b) hendaklah berkuat kuasa walaupun apa-apa permohonan atau apa-apa keputusan yang dibuat berkenaan dengan kajian semula di bawah subseksyen (2) dan (2A).
(3)
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pentaksir yang dibuat di bawah Jadual Pertama adalah muktamad dan mengikat.
(4)
Sehingga Perbadanan menetapkan kaedah-kaedah di bawah subseksyen (5), Jawatankuasa Pentaksir boleh menentukan tatacara dan penjalanan bagi prosidingnya sendiri.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 133
(5)
Perbadanan boleh menetapkan kaedah-kaedah yang berhubungan dengan tatacara dan penjalanan prosiding atau di hadapan Jawatankuasa Pentaksir.
Perkhidmatan peralihan