Malaysia legislation

Section 106

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 106

(2)

Atas suatu permohonan Perbadanan, Mahkamah hendaklah melantik sebagai penerima orang yang dinyatakan oleh Perbadanan dalam permohonannya untuk mengisi suatu kekosongan atau untuk melepaskan dan menggantikan seorang penerima yang telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(3)

Seorang penerima hendaklah mengambil kira objektif menguruskan urusan dan hal ehwal institusi anggota mengikut cara

134

Undang-Undang Malaysia yang dibentuk untuk mencapai keputusan yang terbaik bagi semua pemiutang institusi anggota.

(4)

Dalam hal apa-apa percanggahan antara kepentingan pendeposit atau benefisiari takaful atau orang diinsuranskan dengan mana-mana pemiutang institusi anggota yang lain yang tidak bercagar, seorang penerima hendaklah memberi keutamaan kepada kepentingan pendeposit atau benefisiari takaful atau orang diinsuranskan itu.

(5)

Semua kos, caj dan perbelanjaan seorang penerima, termasuk saraannya dan apa-apa kos yang dilakukan dalam menjalankan kuasa dan kewajipannya, hendaklah dibayar daripada aset institusi anggota itu, mendahului semua tuntutan lain.

(6)

Seorang penerima boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan arahan berhubung dengan apa-apa perkara khusus yang berbangkit dalam penerimaan.

(7)

Perintah 30 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012]

tidak terpakai terhadap suatu permohonan bagi melantik seorang penerima di bawah perenggan 99(1)(d).

(8)

Suatu permohonan bagi melantik seorang penerima di bawah perenggan 99(1)(d) boleh dibuat melalui suatu saman pemula secara ex parte.

Peruntukan berhubung dengan pelantikan di bawah perenggan 99(1)(c) dan seksyen 106

Section 106 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011