Malaysia legislation

Section 107

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 107

(a)

hendaklah mempunyai kuasa—

(i)

untuk memasuki mana-mana premis institusi anggota dan mengambil milikan dan kawalan ke atas aset dan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 135

menghendaki mana-mana orang di dalam premis itu untuk bertanggungjawab dan menyerahkan kepada

Perbadanan, orang dilantik atau penerima milikan dan kawalan ke atas aset itu;

(ii)

tertakluk pada subperenggan (iii), untuk menjual atau selainnya melupuskan aset dan perusahaan perniagaan institusi anggota melalui triti persendirian atau jualan awam atau dengan apa-apa cara lain dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang disifatkan sesuai oleh Perbadanan, orang dilantik atau penerima;

(iii)

untuk menjual atau selainnya melupuskan mana-mana aset yang tertakluk pada sesuatu perjanjian yang mewujudkan suatu kepentingan cagaran kepada mana-mana orang yang bersetuju untuk mengambil alih obligasi yang dijamin oleh kepentingan cagaran itu;

(iv)

untuk mengaturkan pengambilalihan keseluruhan atau mana-mana bahagian liabiliti institusi anggota oleh mana-mana orang;

(v)

untuk menjalankan urusan institusi anggota setakat yang disifatkan perlu atau berfaedah oleh

Perbadanan, orang dilantik atau penerima;

(vi)

untuk membawa guaman, membela, mengkompromi dan menyelesaikan, atas nama institusi anggota, apa-apa tuntutan yang dibuat oleh atau terhadapnya;

(vii)

atas nama institusi anggota, untuk melakukan semua tindakan dan menyempurnakan semua penerimaan dan dokumen lain dan bagi maksud itu, apabila perlu, menggunakan meterai perbadanannya; dan

(viii)

untuk melakukan semua perkara lain sebagaimana yang perlu atau bersampingan dalam menjalankan

136

Undang-Undang Malaysia hak, kuasa, keistimewaan dan imuniti Perbadanan, orang dilantik atau penerima; dan

(b)

hendaklah mempunyai kuasa untuk membayar daripada aset institusi anggota segala kos, caj dan perbelanjaan

Perbadanan, orang dilantik atau penerima dalam menjalankan kuasa dan kewajipan mereka, termasuk saraan orang dilantik atau penerima, mendahului semua tuntutan lain.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen 101(6), jika Perbadanan, orang dilantik atau penerima menjalankan satu kuasa atau lebih di bawah subseksyen (1), Perbadanan, orang dilantik atau penerima itu tidak boleh dianggap, atas alasan penjalanan kuasa demikian, sebagai telah mengambil alih atau menanggung apa-apa obligasi atau liabiliti sesuatu institusi anggota untuk dirinya sendiri.

(3)

Tanpa menjejaskan subseksyen 101(3) dan (4), jika mana-mana orang telah, atau sedang diletak hak dengan kawalan, pentadbiran atau pengurusan suatu institusi anggota, kawalan, pentadbiran atau pengurusan demikian hendaklah terhenti dengan serta-merta dengan pengambilalihan oleh Perbadanan atau orang dilantik atau pelantikan penerima.

Kesahan transaksi

Section 107 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011