Malaysia legislation

Section 109

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 109

Penggantungan prosiding

(a)

tiada tindakan, guaman atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan terhadap

Perbadanan atau orang dilantik berkenaan dengan pengambilalihan kawalan atau penerima berkenaan dengan pelantikannya;

(b)

tiada tindakan, guaman atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal boleh dimulakan atau diteruskan terhadap institusi anggota atau berkenaan dengan asetnya;

(c)

tiada penahanan, garnisan, pelaksanaan atau cara penguatkuasaan lain bagi suatu penghakiman, award atau perintah terhadap institusi anggota atau asetnya boleh diambil atau diteruskan;

(d)

tiada pemiutang institusi anggota mempunyai apa-apa remedi terhadap institusi anggota atau asetnya;

(e)

tiada pemiutang mempunyai apa-apa hak tolakan terhadap institusi anggota, yang untuk kepastian yang lebih, tidaklah termasuk penyatuan akaun yang disenggara dalam penjalanan biasa bagi maksud memperuntukkan perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian atau perkhidmatan yang disebut dalam seksyen 114; dan

(f)

tiada seorang pun boleh menamatkan atau meminda apa-apa perjanjian dengan institusi anggota atau menuntut supaya suatu bayaran dipercepat di bawah apa-apa perjanjian sedemikian hanya disebabkan oleh—

(i)

ketidaksolvenan institusi anggota itu;

(ii)

suatu keingkaran, sebelum pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 99(1)(c) oleh Perbadanan atau orang dilantik atau pelantikan penerima berkuat

138

Undang-Undang Malaysia kuasa, oleh institusi anggota itu dalam melaksanakan obligasinya di bawah perjanjian itu; atau

(iii)

pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 99(1)(c) oleh Perbadanan atau orang dilantik atau pelantikan penerima, dalam tempoh pengambilalihan kawalan institusi anggota oleh

Perbadanan atau orang dilantik atau pelantikan penerima, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali dengan persetujuan bertulis

Perbadanan terlebih dahulu.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang apa-apa langkah diambil, atau apa-apa tindakan, guaman atau prosiding dimulakan atau diteruskan, oleh Perbadanan berkenaan dengan suatu institusi anggota atau urusan, hal ehwal, aset atau liabilitinya.

Pelanjutan masa