Malaysia legislation
Section 111
Seksyen 111
Perbadanan boleh membuat, menyempurnakan atau menguatkuasakan atau menyebabkan pembuatan atau penyempurnaan apa-apa cagaran terhadap mana-mana aset suatu institusi anggota sebagai apa-apa balasan berhubung dengan penjalanan mana-mana kuasa di bawah Akta ini—
(a)
walau apa pun seksyen 109 atau mana-mana peruntukan lain Akta ini; dan
(b)
walaupun institusi anggota itu telah bersetuju bahawa ia tidak boleh atau tidak akan membuat apa-apa cagaran terhadap mana-mana asetnya atau ia boleh atau akan membuat cagaran itu hanya dengan persetujuan orang atau orang-orang lain.
Penyerahhakan bukan keingkaran, dsb.