Malaysia legislation

Section 113

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 113

Jika Perbadanan atau orang dilantik telah mengambil alih kawalan suatu institusi anggota atau seorang penerima telah dilantik menurut Akta ini, apa-apa terma dalam mana-mana perjanjian tidak mempunyai kuat kuasa atau kesan sekiranya ia—

(a)

mempunyai kesan untuk memperuntukkan bagi, atau membenarkan, apa-apa jua pun yang, pada matannya, bertentangan dengan seksyen 107, 109 atau 125; atau

(b)

memperuntukkan, dalam perkara matan, bahawa institusi anggota itu terhenti mempunyai hak atau institusi perantaraan atau penerima pindahan atau pemegang serah hak tidak mempunyai hak untuk menggunakan atau berurusan dengan aset yang jika tidak, institusi anggota atau institusi perantaraan atau penerima pindahan atau pemegang serah hak itu akan mempunyai hak, disebabkan oleh—

(i)

ketidaksolvenan institusi anggota itu;

(ii)

keingkaran oleh institusi anggota itu dalam melaksanakan suatu obligasi;

(iii)

pengambilalihan kawalan atau pelantikan penerima itu; atau

(iv)

perjanjian itu dipindahkan atau diserahhakkan kepada atau diambil alih oleh institusi anggota lain, institusi perantaraan atau pihak ketiga yang layak.

Bekalan dan pendahuluan lanjut