Malaysia legislation

Section 114

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 114

Tiada apa-apa jua dalam seksyen 109 and 113 boleh ditafsirkan sebagai—

(a)

melarang seseorang daripada menghendaki bayaran dibuat secara tunai bagi barangan, perkhidmatan, penggunaan harta dipajakkan atau dilesenkan atau balasan berharga yang lain yang diperuntukkan selepas pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 99(1)(c) atau pelantikan seorang penerima;

(b)

menghendaki pendahuluan wang atau kredit kepada suatu institusi anggota selepas pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 99(1)(c) atau pelantikan seorang penerima; atau

(c)

menghendaki peruntukan kepada suatu institusi anggota, selepas bermulanya pengambilalihan kawalan atau pelantikan penerima, mana-mana perkhidmatan yang berikut yang jika dilakukan berkemungkinan, pada pendapat munasabah orang yang memberikan perkhidmatan itu, akan menyebabkan orang itu mendahulukan wang atau kredit kepada suatu institusi anggota selepas pengambilalihan kawalan atau pelantikan itu atau akan menimbulkan, selepas pengambilalihan kawalan atau pelantikan itu, suatu tuntutan oleh orang itu terhadap institusi anggota itu, iaitu—

(i)

perkhidmatan pengurusan wang tunai;

(ii)

perkhidmatan berhubung dengan penebusan surat cara hutang;

(iii)

perkhidmatan berhubung dengan pengeluaran surat kredit atau jaminan;

(iv)

perkhidmatan pemerakuan cek;

(v)

perkhidmatan pembekalan mata wang;

(vi)

perkhidmatan pemindahan dana dan perkhidmatan perintah pengiriman wang;

142

Undang-Undang Malaysia

(vii)

perkhidmatan hantar serah dan penyelesaian sekuriti;

(viii)

perkhidmatan kad caj, kad kredit, kad debit dan kad bayaran;

(ix)

perkhidmatan perbankan automatik dan mesin teler;

(x)

perkhidmatan pemindahan dana secara elektronik di tempat jualan;

(xi)

perkhidmatan cek konsainan;

(xii)

perkhidmatan lain yang seumpama dengan yang disebut dalam subperenggan (i) hingga (xi);

(xiii)

mana-mana jenis perkhidmatan yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan; dan

(xiv)

suatu jaminan liabiliti berkenaan dengan mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam subperenggan (i)

hingga (xiii).

Perjanjian kewangan yang layak

Section 114 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011