Malaysia legislation

Section 115

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 115

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 141

(a)

suatu perjanjian kewangan yang layak;

(b)

suatu derivatif yang diniagakan di —

(i)

suatu bursa derivatif, papan derivatif atau pasaran lain yang dikawal selia bagi derivatif;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 143

(ii)

suatu bursa niaga hadapan, papan niaga hadapan atau pasaran lain yang dikawal selia bagi niaga hadapan;

atau

(iii)

suatu bursa opsyen, papan opsyen atau pasaran lain yang dikawal selia bagi opsyen;

(c)

suatu perjanjian untuk—

(i)

menjelaskan atau menyelesaikan transaksi sekuriti, niaga hadapan, opsyen atau derivatif; atau

(ii)

bertindak sebagai suatu depositori sekuriti; atau

(d)

suatu pinjaman margin setakat yang berkenaan dengan suatu akaun sekuriti atau akaun niaga hadapan yang disenggarakan oleh suatu perantaraan kewangan.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1505).

(3)

Jika Perbadanan atau orang dilantik mengambil alih kawalan suatu institusi anggota atau seorang penerima dilantik menurut Akta ini, seksyen 109 hendaklah menghalang penamatan suatu perjanjian kewangan yang layak bagi apa-apa tempoh berikutan pemulaan pengambilalihan kawalan atau pelantikan penerima itu sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan oleh Perbadanan dan jika, dalam tempoh itu, Perbadanan memindahkan, atau mengesahkan melalui notis bertulis bahawa ia akan memindahkan, perjanjian itu kepada suatu institusi perantaraan menurut perenggan 99(1)(g) atau pihak ketiga yang layak menurut subseksyen ini atau subseksyen (4)

atau (5), perjanjian itu kemudiannya hanya boleh ditamatkan terhadap institusi perantaraan atau pihak ketiga yang layak itu mengikut termanya, seolah-olah perjanjian itu sememangnya sentiasa dengan institusi perantaraan atau pihak ketiga yang layak itu dan bukan dengan institusi anggota itu.

(4)

Jika seseorang menjadi pihak balas di bawah dua atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian kewangan yang layak yang disebut dalam subseksyen (1) dengan institusi anggota yang sama, Perbadanan hanya boleh memindahkan kepada suatu

144

Undang-Undang Malaysia institusi perantaraan atau pihak ketiga yang layak semua atau tidak satu pun transaksi kewangan yang layak antara institusi anggota itu dan orang itu.

(5)

Jika Perbadanan memindahkan suatu perjanjian kewangan yang layak yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang terpakai bagi mana-mana harta institusi anggota, ia hendaklah juga memindahkan harta itu kepada institusi perantaraan atau pihak ketiga yang layak.

(6)

Perbadanan boleh memindahkan mana-mana perjanjian yang disebut dalam subseksyen (3) atau mana-mana harta yang disebut dalam subseksyen (5) kepada institusi perantaraan atau pihak ketiga yang layak melalui suatu surat cara pindah milik yang dikeluarkan mengikut Jadual Kedua dan ia hendaklah mempunyai kesan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas dengannya.

(7)

Jika

Perbadanan tidak memindahkan, dan tidak mengisytiharkan bahawa ia akan memindahkan, suatu perjanjian kewangan yang layak dan orang yang menjadi pihak balas di bawah perjanjian itu boleh menamatkan perjanjian itu mengikut termanya tetapi tidak berbuat demikian, Perbadanan boleh mengisytiharkan melalui notis bertulis bahawa perjanjian itu ditamatkan, maka dalam hal sedemikian, dan walaupun terdapat apa-apa terma yang bertentangan dalam perjanjian itu, perjanjian itu hendaklah disifatkan telah ditamatkan oleh pihak balas itu.

Perbadanan, dsb., bukan majikan pengganti

Section 115 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011