Malaysia legislation

Section 116

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 116

Jika Perbadanan atau orang dilantik di bawah perenggan 99(1)(c)

mengambil alih kawalan suatu institusi anggota, atau seorang penerima atau pelikuidasi dilantik menurut Akta ini, Perbadanan, orang dilantik, penerima atau pelikuidasi tidaklah—

(a)

dianggap sebagai majikan yang menggantikan institusi anggota itu;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 145

(b)

bertanggungan bagi apa-apa obligasi berkenaan dengan pekerja atau bekas pekerja institusi anggota atau mana-mana pendahulu institusi anggota yang wujud sebelum pengambilalihan kawalan atau pelantikan yang berkenaan dengan apa-apa pelan pencen atau pelan manfaat selepas pekerjaan yang lain bagi pekerja atau bekas pekerja institusi anggota atau penakat mereka; atau

(c)

bertanggungan bagi apa-apa jumlah wang yang dikira dengan merujuk kepada suatu tempoh masa sebelum institusi perantaraan menjadi majikan orang yang berkenaan.

Tuntutan, prosiding tertentu dilarang