Malaysia legislation
Section 118
Seksyen 118
(a)
penamaan itu hendaklah habis tempoh dua tahun selepas ia dibuat, melainkan jika penamaan itu—
146
Undang-Undang Malaysia
(i)
dilanjutkan di bawah perenggan (b); atau
(ii)
ditamatkan di bawah perenggan (c);
(b)
Menteri, atas syor Perbadanan, boleh melanjutkan penamaan untuk satu tempoh masa atau lebih yang setiap satunya tidak boleh melebihi satu tahun; dan
(c)
penamaan hendaklah tamat pada tarikh berlakunya mana-mana kejadian yang berikut, mengikut mana-mana yang lebih awal:
(i)
institusi perantaraan bukan lagi suatu subsidiari
Perbadanan;
(ii)
semua aset atau bahagian substantial aset institusi perantaraan diperoleh oleh, atau semua liabiliti atau bahagian substantial liabiliti institusi perantaraan diambil alih oleh, atau kedua-duanya, seseorang yang bukan suatu institusi perantaraan; atau
(iii)
Perbadanan memutuskan penamaan itu hendaklah ditamatkan.
(2)
Walau apa pun mana-mana undang-undang yang lain, jika suatu subsidiari Perbadanan yang dinamakan sebagai institusi perantaraan menukar nama syarikatnya dalam tempoh dua belas bulan sebelum atau selepas penamaan itu, subsidiari atau institusi perantaraan itu hendaklah dikecualikan daripada menyatakan atau selainnya menunjukkan nama lamanya atas apa-apa jua meterai, dokumen atau surat cara.
Siaran notis