Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 11

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada pengarah yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri yang hendaklah mempunyai pengalaman yang berkaitan dalam sektor swasta;

(b)

Gabenor;

(c)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan;

(d)

dua orang pengarah yang dilantik oleh Menteri, seorang daripada mereka hendaklah daripada sektor awam dan seorang lagi boleh daripada sektor awam atau seorang yang mempunyai pengalaman dalam sektor awam; dan

(e)

tidak lebih daripada empat pengarah lain yang dilantik oleh

Menteri, yang hendaklah mempunyai pengalaman yang berkaitan dalam sektor swasta dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka hendaklah mempunyai pengalaman yang berkaitan dalam sektor perbankan dan kewangan.

(2A)

Menteri, dalam melantik pengarah di bawah perenggan (2)(d)

dan (e), hendaklah memberi perhatian kepada—

(a)

kepelbagaian lembaga pengarah dalam hal minat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;

38

Undang-Undang Malaysia

(b)

kejujuran dan kedudukan orang itu; dan

(c)

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perbankan, insurans, ekonomi atau dalam mana-mana disiplin lain yang berkaitan, yang akan membolehkannya untuk melaksanakan fungsinya sebagai seorang pengarah.

(2B)

Setiap pengarah yang disebut dalam perenggan (2)(b) atau (c)

boleh menugaskan secara bertulis suatu jawatan dalam organisasinya sebagai pengarah silih ganti yang akan menghadiri mesyuarat

Lembaga bagi menggantikan tempat pengarah itu apabila pengarah itu bagi apa-apa sebab tidak dapat hadir.

(2C)

Bagi mengelakkan keraguan, bagi maksud subseksyen 15(9)

Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701], jawatan Timbalan

Gabenor Bank Negara Malaysia boleh ditugaskan sebagai pengarah silih ganti di bawah subseksyen (2B).

(2D)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan tempat pengarah yang disebut dalam perenggan (2)(b) atau (c), pengarah silih ganti itu hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai pengarah Lembaga.

(3)

Tanpa menjejaskan subseksyen 18(2), tiada seorang pun pengarah yang disebut dalam perenggan (2)(b), (c) atau (d) layak dilantik sebagai Pengerusi oleh Menteri.

Lembaga boleh membuat undang-undang kecil

Section 11 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011