Malaysia legislation

Section 122

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 122

Institusi perantaraan bukan majikan pengganti

Jika suatu institusi perantaraan menjadi majikan mana-mana orang yang merupakan pekerja atau bekas pekerja suatu institusi anggota, institusi perantaraan tidaklah—

148

(a)

dianggap sebagai majikan yang menggantikan institusi anggota itu;

(b)

bertanggungan bagi apa-apa obligasi berkenaan dengan pekerja atau bekas pekerja institusi anggota atau mana-mana pendahulu institusi anggota yang wujud sebelum institusi perantaraan menjadi majikan orang itu atau yang berkenaan dengan apa-apa pelan pencen atau pelan manfaat selepas pekerjaan yang lain bagi pekerja atau bekas pekerja institusi anggota atau penakat mereka; atau

(c)

bertanggungan bagi apa-apa jumlah wang yang dikira dengan merujuk kepada suatu tempoh masa sebelum institusi perantaraan menjadi majikan orang yang berkenaan.

Kuasa memberikan arahan