Malaysia legislation
Section 127
Seksyen 127
Bantuan kepada institusi perantaraan
(2)
Suatu institusi perantaraan hendaklah, apabila dituntut atau pada masa lain yang ditentukan oleh Perbadanan, membayar atau membayar balik kepada Perbadanan—
(a)
apa-apa pinjaman atau pembiayaan lain yang diadakan oleh
Perbadanan kepada atau disebabkan oleh institusi perantaraan;
(b)
amaun apa-apa bantuan kewangan lain yang diberikan oleh
Perbadanan kepada atau disebabkan oleh institusi perantaraan;
(c)
kos kepada Perbadanan bagi apa-apa pinjaman atau peminjaman lain yang ditanggungnya untuk memberikan bantuan kewangan kepada atau disebabkan oleh institusi perantaraan;
(d)
amaun apa-apa kerugian nilai pelaburan apa-apa dana
Perbadanan yang digunakan untuk memberikan bantuan kewangan kepada atau disebabkan oleh institusi perantaraan;
(e)
kos perbelanjaan sendiri atau overhed Perbadanan bagi menyediakan apa-apa perkhidmatan atau meminjamkan mana-mana pekerjanya kepada institusi perantaraan; dan
(f)
apa-apa kos lain, termasuk cukai pendapatan atau cukai lain, yang Perbadanan tidak akan tanggung jika tidak kerana
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 151
tindakan yang diambilnya di bawah seksyen 99 atau selainnya yang berhubungan dengan institusi perantaraan.
Perbadanan boleh memegang syer institusi anggota