Malaysia legislation
Section 128A
Seksyen 128A
Bagi maksud Bab ini—
(a)
“pemindah” ertinya pemegang syer, yang syernya dipindahkan atau akan dipindahkan di bawah perenggan 99(1)(ga);
(b)
“penerima pindahan” ertinya seseorang yang kepadanya syer pemindah dipindahkan atau akan dipindahkan di bawah perenggan 99(1)(ga);
(c)
“perintah pindah milik” ertinya suatu perintah berkenaan dengan pemindahan syer yang disebut dalam perenggan 99(1)(ga) dan termasuklah suatu perintah pindah milik gantian yang disebut dalam seksyen 128D;
152
Undang-Undang Malaysia
(d)
“syer” termasuklah surat cara modal, waran dan hak di bawah apa-apa surat cara lain yang dikeluarkan oleh institusi anggota yang memberi hak kepada pemegangnya untuk memperoleh syer dalam institusi anggota itu;
(e)
“tarikh pindah milik” ertinya tarikh yang dinyatakan pada suatu perintah pindah milik sebagai tarikh yang apa-apa syer dipindahkan atau disifatkan dipindahkan kepada penerima pindahan.
Pemindahan wajib syer