Malaysia legislation
Section 128B
Seksyen 128B
(2)
Jika berdasarkan rekod institusi anggota yang tersedia kepada
Perbadanan dalam penjalanan kuasa pemindahan wajib syer terdapat seorang pemindah yang bankrap, Perbadanan hendaklah memberitahu
Ketua Pengarah Insolvensi secara bertulis tentang pemindahan itu sebelum pemindahan itu berkuat kuasa dan apa-apa wang atau balasan lain yang boleh diterima berhubung dengan syer pemindah yang bankrap itu hendaklah diletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi.
(3)
Jika Perbadanan mengeluarkan perintah pindah milik di bawah
Bab ini, Perbadanan hendaklah—
(a)
memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan
(b)
memberi notis mengenai perintah pindah milik itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian yang disiarkan di Malaysia, yang salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
(4)
Notis di bawah perenggan (3)(b) hendaklah termasuk perkara yang dinyatakan dalam subperenggan 2A(1) Jadual Pertama.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 153
(5)
Perintah pindah milik boleh dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa dan hendaklah berkuat kuasa mengikut Bab ini.
(6)
Perintah pindah milik yang menyatakan bahawa apa-apa syer yang dikeluarkan oleh suatu institusi anggota yang hendak dipindahkan hendaklah menjadi keterangan muktamad pemindahan itu pada tarikh pindah milik itu.
(7)
Perintah pindah milik itu boleh memperuntukkan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
(a)
pemindahan kepada penerima pindahan bagi semua atau mana-mana syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota;
(b)
penghapusan hak pemegang waran atau surat cara lain yang dikeluarkan oleh institusi anggota yang memberi hak kepada pemegang untuk memperoleh syer dalam institusi anggota itu;
(c)
penyingkiran daripada senarai rasmi mana-mana pasaran saham bagi syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota atau suatu kelas sekuriti tertentu yang dikeluarkan oleh institusi anggota;
(d)
apa-apa perkara yang bersampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang Perbadanan berpendapat perlu untuk memastikan bahawa pemindahan itu berkuat kuasa sepenuhnya, termasuk syarat yang berhubungan dengan pemindahan itu.
(8)
Perintah pindah milik hendaklah memperuntukkan pemindahan apa-apa syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota untuk berkuat kuasa bebas daripada apa-apa amanah, liabiliti, tuntutan bertentangan atau bebanan lain.
154
Undang-Undang Malaysia
Kesan perintah pindah milik