Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(a)
fungsi, kuasa, kewajipan, saraan, faedah dan terma dan syarat perkhidmatan, tatakelakuan atau surcaj ke atas pegawai, pekerja dan ejen Perbadanan;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 39
(b)
percanggahan kepentingan berkenaan dengan pengarah, pegawai dan pekerja Perbadanan yang sedang berkhidmat dan pengarah, pegawai dan pekerja yang telah meninggalkan perkhidmatan Perbadanan;
(c)
pelantikan, terma rujukan dan aktiviti jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Perbadanan;
(ca) kuorum suatu mesyuarat Lembaga;
(d)
kaedah-kaedah dan tatacara yang hendaklah dipatuhi oleh pengarah pada mesyuarat Lembaga; dan
(e)
apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki untuk diperuntukkan di bawah undang-undang kecil dalam Akta ini.
(2)
Undang-undang kecil yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mengikat semua orang yang baginya undang-undang kecil itu terpakai.
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi undang-undang kecil yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan.
Tempoh jawatan pengarah