Malaysia legislation

Section 131

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 131

Objektif pelikuidasi apabila menggulung institusi anggota

(a)

untuk bekerjasama dengan Perbadanan bagi maksud memastikan bahawa—

(i)

setiap pendeposit yang mempunyai suatu deposit diinsuranskan, sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan; atau

(ii)

setiap benefisiari takaful atau orang diinsuranskan yang mempunyai suatu manfaat dilindungi,

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 159

sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, secepat yang dapat dilaksanakan—

(A)

dipastikan liabiliti deposit atau liabiliti manfaat takaful atau insurans yang berkaitan itu dipindahkan kepada dan diambil alih oleh orang lain; atau

(B)

menerima bayaran daripada, atau yang dibuat bagi pihak, Perbadanan; dan

(b)

untuk menggulung hal ehwal institusi anggota dalam cara yang dibentuk untuk mencapai keputusan yang terbaik bagi semua pemiutang institusi anggota.

(2)

Objektif dalam perenggan (1)(a) diberi keutamaan berbanding dengan objektif dalam perenggan (1)(b) dan seorang pelikuidasi hendaklah mula mengusahakan kedua-dua objektif serta-merta apabila dilantik.

Penerusan perniagaan takaful keluarga

Section 131 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011