Malaysia legislation

Section 134

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 134

Dalam penggulungan anggota penerima deposit, aset anggota penerima deposit itu hendaklah tersedia untuk menunaikan semua liabiliti anggota penerima deposit itu berkenaan dengan semua deposit di Malaysia dalam keutamaan berbanding semua liabiliti tidak bercagar yang lain anggota penerima deposit itu di Malaysia selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 527(1) Akta

Syarikat 2016 dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359].

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 163

Keutamaan pembayaran dalam penggulungan anggota penerima deposit yang menjalankan perniagaan perbankan Islam