Malaysia legislation
Section 134A
Seksyen 134A
(a)
aset anggota penerima deposit itu yang diperoleh dalam penjalanan perniagaannya selain perniagaan perbankan
Islamnya, hendaklah digunakan untuk menunaikan liabiliti yang ditanggung dalam penjalanan perniagaannya selain perniagaan perbankan
Islam, dalam turutan yang dinyatakan dalam seksyen 134; dan
(b)
jika aset anggota penerima deposit yang disebut dalam perenggan (a) berlebihan selepas pembayaran telah dibuat untuk menunaikan liabilitinya di bawah perenggan (a), apa-apa lebihan aset anggota penerima deposit itu hendaklah digunakan untuk menunaikan liabiliti anggota penerima deposit itu di bawah subseksyen (2).
(2)
Tanpa menjejaskan seksyen 134, dalam penggulungan anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a)
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam—
(a)
aset yang diperoleh oleh anggota penerima deposit dalam penjalanan perniagaan perbankan
Islamnya termasuk kumpulan wang perbankan Islam atau mana-mana akaun yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(3) Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013, tertakluk pada perenggan (aa)—
(i)
tidak tertakluk pada hutang anggota penerima deposit kecuali berkenaan dengan perniagaan perbankan
Islam atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (b); dan 164
Undang-Undang Malaysia
(ii)
hendaklah tersedia untuk menunaikan semua liabiliti anggota penerima deposit itu berkenaan dengan deposit Islamnya di Malaysia dalam keutamaan daripada semua liabiliti tidak bercagar yang lain yang ditanggung dalam penjalanan perniagaan perbankan
Islamnya, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016
dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956, yang berpunca daripada perniagaan perbankan Islamnya sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dan aturan keutamaan bagi pembayaran kategori yang berlainan bagi deposit Islam boleh ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209;
(aa) walau apa pun subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016, tetapi tertakluk pada apa-apa kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(a)
Akta Syarikat 2016 yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu dan apa-apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(f) Akta
Syarikat 2016 yang berpunca daripada akaun pelaburan, aset akaun pelaburan yang diuruskan oleh anggota penerima deposit itu di Malaysia, hendaklah tersedia, dalam turutan yang dinyatakan seperti yang berikut:
(i)
untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan yang belum selesai;
(ii)
untuk membayar apa-apa keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada anggota penerima deposit itu; dan
(iii)
untuk memenuhi liabiliti kepada pemegang akaun pelaburan; dan
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 165
(b)
jika aset anggota penerima deposit yang disebut dalam perenggan (a) berlebihan selepas pembayaran dibuat untuk menunaikan liabilitinya di bawah subperenggan (a)(ii), apa-apa lebihan aset anggota penerima deposit itu hendaklah digunakan untuk menunaikan liabiliti anggota penerima deposit itu termasuk liabiliti anggota penerima deposit di bawah seksyen 134 dalam aturan keutamaan yang dinyatakan di dalamnya.
(3)
(Dipotong oleh Akta A1647).
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan anggota penerima deposit yang merupakan suatu bank Islam