Malaysia legislation

Section 134B

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 134B

Dalam penggulungan suatu anggota penerima deposit yang merupakan suatu bank Islam di dalam atau di luar Malaysia—

(a)

aset anggota penerima deposit itu, tertakluk pada perenggan (b) hendaklah tersedia untuk menunaikan semua liabiliti anggota penerima deposit itu berkenaan dengan deposit Islamnya di Malaysia dalam keutamaan daripada semua liabiliti tidak bercagar lain anggota penerima deposit itu selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016 dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan aturan keutamaan bagi pembayaran kategori deposit Islam yang berlainan boleh ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209; dan

(b)

walau apa pun subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016, tetapi tertakluk pada apa–apa kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(a)

Akta Syarikat 2016 yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu dan apa–apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(f) Akta

Syarikat 2016 yang berpunca daripada akaun pelaburan,

166

Undang-Undang Malaysia aset akaun pelaburan yang diuruskan oleh anggota penerima deposit itu di Malaysia, hendaklah tersedia, dalam turutan yang dinyatakan seperti yang berikut:

(i)

untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan yang belum selesai;

(ii)

untuk membayar apa–apa keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada anggota penerima deposit itu; dan

(iii)

untuk memenuhi liabiliti kepada pemegang akaun pelaburan.

Peruntukan khusus mengenai penggulungan anggota penanggung insurans

Tafsiran