Malaysia legislation
Section 142A
Seksyen 142A
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan pengendali takaful
(2)
Dalam penggulungan pengendali takaful—
(a)
jika aset suatu kumpulan wang takaful yang diuruskan oleh pengendali takaful berlebihan, selepas pembayaran telah dibuat untuk menunaikan liabilitinya di bawah subseksyen (1), lebihan aset kumpulan wang takaful itu hendaklah digunakan dalam turutan yang berikut:
(i)
pertama, untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang takaful lain yang diuruskan oleh pengendali takaful yang tidak mencukupi dan sekiranya bagi maksud ini terdapat dua atau lebih kumpulan wang takaful—
(A)
yang berlebihan, lebihan itu hendaklah digunakan mengikut kadar lebihan dalam setiap kumpulan wang takaful untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi; atau
(B)
yang tidak cukup, lebihan itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi;
dan
(ii)
kedua, apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan;
(b)
apa-apa ketidakcukupan dalam aset suatu kumpulan wang takaful untuk menunaikan liabilitinya di bawah subseksyen (1) akan ditunaikan—
(i)
pertama, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (a), dengan lebihan aset kumpulan wang takaful lain; dan
(ii)
sekiranya lebihan aset itu tidak mencukupi untuk menunaikan liabiliti itu maka baki liabiliti itu hendaklah dipenuhi dengan lebihan aset kumpulan
170
Undang-Undang Malaysia wang pemegang syer selepas pembayaran telah dibuat untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang pemegang syer itu di bawah subseksyen (3); atau
(c)
menurut subperenggan (b)(ii), jika aset kumpulan wang pemegang syer berlebihan, lebihan aset itu hendaklah digunakan untuk menunaikan liabiliti mana-mana kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi, dan sekiranya lebihan aset itu digunakan untuk menunaikan liabiliti dua atau lebih kumpulan wang takaful yang asetnya tidak mencukupi, lebihan aset itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu.
(3)
Dalam penggulungan pengendali takaful, aset kumpulan wang pemegang syernya hendaklah digunakan untuk menunaikan liabiliti kepada pemunya sijil setakat yang berpunca daripada kumpulan wang pemegang syer itu dan liabiliti itu hendaklah mempunyai keutamaan atas semua liabiliti tidak bercagar pengendali takaful, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 527(1)
Akta Syarikat 2016 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding
Kerajaan 1956.
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan syarikat insurans