Malaysia legislation
Section 145
Seksyen 145
Dalam Bahagian ini—
(a)
“tempoh perlindungan penstabilan” ertinya tempoh perintah perlindungan penstabilan termasuk apa-apa perubahan kepada tempoh itu sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 146(5);
(b)
“orang yang ditetapkan” ertinya orang, yang tidak disifatkan sebagai suatu institusi anggota di bawah
174
Undang-Undang Malaysia seksyen 36, yang ditetapkan dalam perintah perlindungan penstabilan;
(c)
“peruntukan khas” ertinya peruntukan seksyen 148 hingga 156; dan
(d)
“perlindungan penstabilan” ertinya apa-apa insurans atau perlindungan yang diperuntukkan mengikut seksyen 146.
Perintah perlindungan penstabilan