Malaysia legislation
Section 146
Seksyen 146
(2)
Suatu perlindungan penstabilan adalah tertakluk pada perintah perlindungan penstabilan yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Perbadanan dan Bank Negara Malaysia (disebut
“perintah perlindungan penstabilan” dalam Bahagian ini).
(3)
Walau apa pun apa-apa yang bertentangan yang terkandung dalam
Akta ini, perintah perlindungan penstabilan boleh memperuntukkan satu atau lebih yang berikut:
(a)
insurans bagi suatu deposit pada suatu had maksimum yang lebih besar daripada yang selainnya terpakai dalam seksyen 42;
(b)
perlindungan bagi suatu manfaat takaful atau insurans dilindungi pada suatu amaun maksimum yang lebih besar daripada yang selainnya terpakai dalam seksyen 69;
(c)
insurans, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, terhadap apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan suatu anggota penerima deposit yang selainnya tidak diinsuranskan berbangkit daripada pemakaian
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 175
subsubperenggan 41(a)(A) hingga (F) atau peruntukan perenggan 46(a);
(d)
perlindungan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, terhadap suatu manfaat takaful atau insurans di bawah suatu sijil atau polisi yang dikeluarkan oleh suatu anggota penanggung insurans yang selainnya bukan suatu manfaat takaful atau insurans dilindungi dalam pengertian Akta ini;
(e)
insurans, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, terhadap apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan suatu orang yang ditetapkan yang sama atau serupa jenisnya dengan jenis liabiliti atau surat cara kewangan suatu anggota penerima deposit, sama ada termasuk atau tidak termasuk dalam takrif “deposit” dalam seksyen 41 atau peruntukan perenggan 46(a); dan
(f)
perlindungan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, terhadap apa-apa obligasi orang yang ditetapkan yang sama atau serupa jenisnya dengan suatu jenis manfaat yang ditawarkan oleh anggota penanggung insurans, sama ada atau tidak ia selainnya ialah suatu manfaat takaful atau insurans dalam pengertian Akta ini.
(4)
Suatu perintah perlindungan penstabilan hendaklah bersifat sementara dan hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh yang ditetapkan dalam perintah itu.
(5)
Bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Menteri boleh, selepas berunding dengan Perbadanan dan Bank Negara
Malaysia, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda perintah perlindungan penstabilan termasuk mengubah tempoh perintah perlindungan penstabilan.
Pemakaian peruntukan khas