Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 14

(a)

seorang ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Perundangan;

(b)

seorang pegawai sesuatu institusi anggota; atau

(c)

seorang pemegang jawatan, atau mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan atau kedudukan yang seumpamanya dalam sesuatu parti politik.

(1A)

Bagi maksud perenggan (1)(c), “pemegang jawatan” ertinya mana-mana orang yang merupakan presiden atau naib presiden, atau setiausaha atau bendahari bagi suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu, atau yang merupakan seorang anggota jawatankuasa atau anggota badan pengelolaan suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu atau yang memegang apa-apa jawatan atau kedudukan dalam suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, yang sama dengan mana-mana yang disebut di atas atau yang berkenaan dengannya orang itu menjalankan pengurusan atau kawalan bagi hal ehwal parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu.

(2)

Menteri boleh menamatkan atau menggantung pelantikan mana-mana pengarah jika—

(a)

dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 41

(b)

telah dikenakan ke atas pengarah itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, atau tahanan pencegahan bagi pencegahan jenayah atau pengedaran dadah, atau kediaman terhad, atau buang negeri atau imigresen;

(c)

dia menjadi seorang bankrap, menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya;

(d)

dia telah dipertuduh atas suatu kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang yang boleh dihukum pemenjaraan, sama ada hukuman pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, suatu denda, dalam mana-mana mahkamah di dalam atau di luar

Malaysia;

(e)

dia bersalah kerana salah laku yang serius berhubungan dengan kewajipanya di bawah Akta ini; atau

(f)

dia tidak menghadiri, kecuali atas sebab cuti yang dibenarkan oleh Menteri dalam hal Pengerusi atau oleh

Pengerusi dalam hal mana-mana pengarah lain, dua mesyuarat Lembaga dalam mana-mana tempoh dua belas bulan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), mana-mana pengarah yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 11(2) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari kepada Menteri.

Tindakan dan prosiding Lembaga tidak terjejas oleh kekosongan, dsb.