Malaysia legislation

Section 153

of *AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

Seksyen 153

Surcaj

(2)

Surcaj di bawah subseksyen (1) dalam mana-mana tahun tertentu tidak boleh melebihi—

(a)

fi, premium atau levi yang kena dibayar oleh orang yang ditetapkan berkenaan dengan perlindungan penstabilan bagi tahun yang sebelumnya; atau

(b)

sejumlah satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

(3)

Jika pada pendapat Perbadanan, orang yang ditetapkan—

(a)

(Dipotong oleh Akta A1505);

(b)

telah tidak atau tidak mematuhi terma dan syarat keanggotaan, mana-mana aku janji yang diberikan kepada atau perjanjian yang dibuat dengan Perbadanan, atau mana-mana peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota Perbadanan berkenaan dengan perlindungan penstabilan;

(c)

telah tidak atau tidak mematuhi permintaan bagi mendapatkan maklumat atau telah menyekat hak untuk mendapatkan akses kepada maklumat oleh Perbadanan,

Bank Negara Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Perbadanan, di bawah Akta ini; atau

(d)

telah tidak atau tidak menyenggara rekod deposit atau manfaat takaful atau insurans dengan sepatutnya atau membuat salah nyataan, melalui apa-apa perbuatan atau peninggalan, mengenai apa-apa maklumat, termasuk maklumat mengenai deposit diinsuranskan, liabiliti manfaat dilindungi, sumbangan bersih atau premium bersih yang

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 179

digunakan sebagai suatu asas bagi pentaksiran apa-apa fi, premium atau levi berkenaan dengan perlindungan penstabilan,

Perbadanan hendaklah—

(A)

jika ia bercadang untuk mengenakan surcaj ke atas orang yang ditetapkan itu, berunding dengan Bank Negara

Malaysia tentang alasan untuk mengenakan suatu surcaj dan amaun surcaj itu; dan

(B)

memberi orang yang ditetapkan itu peluang untuk membuat representasi kepada Perbadanan tentang apa-apa cadangan surcaj dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh Perbadanan kepada orang yang ditetapkan itu.

(4)

Jika Perbadanan menerima representasi daripada orang yang ditetapkan itu dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam perenggan (3)(B), Perbadanan hendaklah menimbangkan representasi itu dalam memutuskan sama ada untuk mengenakan suatu surcaj dan, jika mengenakan, memutuskan amaun surcaj itu.

(5)

Jika Perbadanan memutuskan untuk mengenakan suatu surcaj,

Perbadanan hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada

Menteri sebelum mengenakan surcaj itu ke atas orang yang ditetapkan itu.

(6)

Suatu surcaj hendaklah dikenakan oleh Perbadanan melalui notis bertulis kepada orang yang ditetapkan itu dan hendaklah kena dibayar kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan.

(7)

Apa-apa pendapat yang dibentuk atau keputusan yang dibuat oleh Perbadanan yang berhubungan dengan pengenaan atau amaun apa-apa surcaj berkenaan dengan mana-mana orang yang ditetapkan adalah muktamad dan mengikat.

180

Undang-Undang Malaysia

(8)

Suatu surcaj yang dibayar kepada Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada

Kumpulan Wang Disatukan.

Caj lampau tempoh

Section 153 — MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011