Malaysia legislation
Section 156
Seksyen 156
Pendanaan dan kerugian
(a)
memperuntukkan kepada Perbadanan apa-apa dana sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan untuk mentadbirkan dan melaksanakan suatu perlindungan penstabilan; atau
(b)
membayar balik kepada Perbadanan apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Perbadanan sebagai akibat daripada memperuntukkan perlindungan penstabilan.
(2)
Apa-apa peruntukan dana yang dibuat menurut perenggan (1)(a)
atau pembayaran balik yang dibuat menurut perenggan (1)(b)
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 181
hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan dan jika peruntukan atau pembayaran balik itu dibuat, Menteri atau pembayaran balik itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada kesempatan yang paling awal.
(3)
Perbadanan hendaklah membayar apa-apa fi, premium atau levi atau amaun lain berkenaan dengan perlindungan penstabilan atau apa-apa bahagiannya sebagaimana yang dipersetujui oleh Menteri dan
Perbadanan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
(4)
Bagi maksud perenggan (1)(b), faktor yang hendaklah diambil kira untuk menentukan sama ada Perbadanan telah menanggung suatu kerugian akibat memperuntukkan perlindungan penstabilan adalah seperti yang berikut:
(a)
fi, premium atau levi yang diterima oleh Perbadanan akibat memperuntukkan perlindungan penstabilan;
(b)
kos kepada Perbadanan bagi apa-apa pinjaman atau hutang lain yang ditanggungnya untuk membuat apa-apa bayaran yang disebabkan oleh perlindungan penstabilan;
(c)
fi, premium atau levi atau amaun lain atau apa-apa bahagiannya yang kena dibayar berkenaan dengan perlindungan penstabilan ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan;
(d)
hasil bersih yang diperoleh oleh Perbadanan yang disebabkan oleh apa-apa bayaran perlindungan penstabilan;
(e)
kerugian nilai pelaburan apa-apa dana Perbadanan yang digunakan untuk membuat apa-apa bayaran perlindungan penstabilan;
(f)
apa-apa kos lain, termasuk cukai pendapatan atau cukai lain, yang ditanggung secara munasabah oleh Perbadanan akibat perlindungan penstabilan dan sebagaimana yang dipersetujui oleh Menteri; dan 182
Undang-Undang Malaysia
(g)
apa-apa faktor lain yang dipersetujui sebagai sesuai oleh
Menteri dan Perbadanan.
Pemakaian berterusan peruntukan khas